EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

HORMATILAH MAKHLUK LAIN

image description
Call no.
: JMF 899.2333 ANI
Penulis
: ANISAH MUSA
Penyumbang
: Norazizie Bin Razali
Ringkasan
Buku ini mengisahkan Pak Cik Amril meminta Aman membeli seekor lembu untuk membantu mereka di sawah. Semasa dalam perjalanan membeli lembu, Aman ternampak beberapa orang kanak-kanak bermain di tepi sungai. Aman terkejut dengan perlakuan kanak-kanak itu sedang berbuat tidak baik terhadap seekor kura-kura. Aman menegur untuk menghentikan perbuatan mereka kerana perbuatan mereka itu menyakitkan kura-kura itu tetapi kanak-kanak itu melawan cakap Aman. Aman memberikan mereka nasihat supaya meletakkan kura-kura itu ke dalam sungai semula dan mengatakan kepada kanak-kanak itu "kura-kura ada keluarga seperti saya dan kamu semua". Tetapi kanak-kanak itu tidak mempedulikan kata-kata Aman. Aman terus bekeras terhadap mereka untuk melepaskan kura-kura tersebut tetapi kanak-kanak itu menawarkan wang untuk melepaskan kura-kura itu. Aman terus memberikan wang tersebut kepada kanak-kanak itu dan terus membebaskan kura-kura itu. Apabila tiba di rumah Aman terus menceritakan peristiwa yang dialaminya semasa dalam perjalanan untuk membeli lembu kepada ayahnya. Ayahnya berasa bangga akan tindakan Aman dan memuji Aman telah berbuat baik kepada makhluk lain.