EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

JANGAN BERPUTUS ASA

image description
Call no.
: JMF 899.2333 MUR
Penulis
: MURNI ARSHAD
Penyumbang
: Norazizie Bin Razali
Ringkasan
Buku ini mengisahkan Daniel sangat suka melukis. Sekolahnya telah menganjurkan suatu pertandingan melukis yang bertemakan "Negaraku Malaysia". Daniel ingin mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Dia telah melukis lukisan yang berkaitan dengan tema tersebut namun lukisan tersebut hilang setelah Daniel menelefon Mak beliau. Kemudian dia meninggalkan beg sekolahnya di bawah pokok. Semasa di dalam bas, Eng Hoon ingin melihat lukisan Daniel. Dia membuka beg sekolahnya lalu mencari lukisannya. Dia terkejut mendapati lukisan itu tidak ada di dalam begnya. Daniel berasa cemas dan berfikir adakah dia tertinggal lukisannya di dalam kelas. Daniel pulang ke rumah dengan perasaan risau, hal ini disebabkan dia telah bekerja keras untuk menyiapkan lukisan itu. Pada keesokan hari, Daniel pergi ke kelas nya dengan tergesa-gesa.Namun,lukisannya tiada di dalam mejanya.Dia bertanya kepada kawan-kawan sekelasnya,malangnya tidak ada sesiapa yang melihat lukisan itu. Pada masa yang sama, Daniel terus menceritakan kepada Cikgu Zaharah tentang apa yang berlaku. Cikgu Zaharah memberi nasihat kepada Daniel supaya tidak berputus asa untuk melukis lukisan yang baru. Apabila balik ke kelasnya. Dia terus berfikir tentang nasihat cikgunya itu. Apabila loceng tamat waktu persekolahan berbunyi, Daniel membuat suatu keputusan untuk membuat membuat lukisan baru. Tiba-tiba, daniel mendapat suatu idea baru untuk lukisannya setelah melihat seorang lelaki sedang membaca majalah yang bertajuk "Keindahan Malaysia". Daniel melukis apa yang dilihatnya dalam majalah tadi. Daniel menunjukkan lukisan itu kepada ibunya dan ia menyukainya. Pada keesokan hari, Daniel menghantar lukisannya untuk pertandingan itu. Keputusan melukis telah di umumkan dan Daniel mendapat tempat kedua. Daniel telah berjumpa dengan Cikgu Zaharah dan mengatakan kini saya sedar kita tidak boleh cepat berputus asa sekiranya gagal kali pertama.