EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Seni Bercakap-cakap & Berbual-bual

image description
Call no.
: 302.346/ABD
Penulis
: Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.
Penyumbang
: Matilda Lenta Anak Raymond Umpu
Ringkasan
Buku yang bertajuk Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual ini merupakan satu penulisan yang banyak memberi panduan dalam memperbaiki seni bercakap dan berbual. Panduan yang diberikan dapat membantu pembaca ataupun sesisapa sahaja yang ingin meningkatkan kemahiran mereka dari segi percakapan dan perbualan. Bukan itu saja, penulisan ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri kita, apabila kita akhirnya tahu bagaimana teknik-teknik bercakap dan berbual yang berkesan. Selain daripada itu, penggunaan bahasa dalam buku ini juga sangat mudah untuk difahami dari segi penjelasan tentang fungsi bercakap dan berbual, kemahiran mendengar serta memahami bahasa badan dan juga etika ketika berkomunikasi. Penulis juga turut menjelaskan tentang tujuan dan fungsi bercakap atau berbual, risiko berbual-bual, perbualan berkesan dan berkualiti, kemahiran mendengar serta etika komunikasi dan banyak lagi perkongsian yang menarik diketengahkan oleh penulis. Kesimpulan nya, buku sangat bermanfaat terutamanya bagi yang mempunyai bidang kerja yang memerlukan banyak interaksi dengan ramai orang.