EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ketika Ibu Telah Tiada

image description
Call no.
: 808.882/THO
Penulis
: Thoriq Aziz
Penyumbang
: Marilyn Anak Albert Matu
Ringkasan
Ibu merupakan insan yang melahirkan dan menjadikan kehidupan kita sangat indah,Namun, tidak semua berpeluang untuk menjalani kehidupan bersama dengan insan yang bergelar ibu sehingga ke hujung nyawa.Justeru, buku ini memberikan kesedaran kepada semua untuk lebih menghargai dan menyayangi ibu kerana di dalam buku ini juga menyelitkan pelbagai pengorbanan ibu serta ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan peranan ibu di dalam kehidupan seharian. Bagi mereka yang telah kehilangan ibu tercinta, buku ini boleh dijadikan sebagai tempat untuk meluah kerinduan dan penulis juga menceritakan kisah-kisah benar berdasarkan pengalaman beberapa insan bernama ibu di dalam hadis al-Quran.Buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan penggunaan bahasa yang digunakan amatlah mudah untuk difahami serta pelbagai teladan diselitkan untuk dicontohi.Isi kandungan yang terdapat di dalam buku ini sangat menarik dan boleh dijadikan sebagai panduan dalam hidup.