EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Syurga Buat Isteri

image description
Call no.
: 808.882 FAK
Penulis
: Mohd Fakhruddin Tajuddin
Penyumbang
: Nurjannah Binti Tuwah
Ringkasan
Buku hasil karya Mohd Fakhruddin ini berdasarkan kisah benar dilalui oleh dirinya bersama isterinya yang tersayang. Hasil penulisan yang amat mudah difahami dan didalami amat menarik perhatian saya untuk membacanya sehingga ke akhir mukasurat. Buku ini mempunyai 163 mukasurat dan 26 tajuk termasuk lampiran. Mengisahkan tentang hidup keluarganya yang menghadapi detik getir menjalani kehidupan semasa isterinya disahkan menghidap penyakit Leukimia di tahap bahaya. Beliau menceritakan pengalaman menghadapi setiap proses rawatan, penjagaan, pemulihan isteri serta kesusahan berbagi waktu untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang suami dan ayah kepada 2 orang anak yang terpaksa ditinggalkan bersama keluarga isterinya demi menjaga isteri yang tercinta. Buku ini bukan sahaja menceritakan kisah hidup, malah memberi setiap situasi dengan pedoman dari petikan-petikan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pedoman dalam menghadapi ujian dan kisah - kisah nabi sebagai panduan dalam menghadapi ujian getir kehidupannya. Yang paling menarik sekali, di bahagian lampiran, beliau berkongsi tips-tips bagaimana ingin mengendali atau menjaga pesakit yang menghadapi Leukimia, bagaimana ingin membuat keputusan dalam memilih rawatan sesuai dan memberi nasihat dari segi pengawalan emosi dalam menghadapi situasi sukar seperti ini. Beliau juga berkongsi serba sedikit informasi tentang penyakit Leukimia dan proses-proses rawatan yang akan diberi kepada pesakit Leukimia. Kesimpulannya, buku ini amatlah luar biasa bagi saya dimana ia berkombinasi dengan kisah benar, pedoman dari Al-Quran dan Sunnah serta tips-tips rawatan serta kesihatan.