EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

image description
Call no.
: 899.2213/HAW
Penulis
: HAMKA
Penyumbang
: Natalia Binti Muhammad
Ringkasan
Saya tertarik untuk membaca novel ini setelah menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck lakonan Herjunot Ali. Novel ini merupakan karya HAMKA yang diterbitkan pada tahun 1938. Watak utama novel ini merupakan seorang lelaki berdarah campuran bernama Zainuddin. Gaya penceritaan berkesan penulis tentang kehidupan pahit getir dialami Zainuddin dapat membuatkan pembaca berasa terkesan membaca novel ini. Pembaca juga pasti berasa emosi dengan watak Hayati yang terpaksa meninggalkan Zainuddin hanya kerana perbezaan darjat. Selain watak Zainuddin, saya juga mengagumi watak Muluk yang sentiasa positif dan tidak putus asa memberi semangat kepada sahabatnya.