EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

USAHAWAN BERJAYA

image description
Call no.
: JM 899.2333 FAI
Penulis
: FAIZAH RAZAK
Penyumbang
: Dayang Shaniza Binti Awang Tada
Ringkasan
Merupakan salah satu judul yang terdapat dalam Siri Cita-Cita Saya. Setiap individu mempunyai cita- cita tersendiri sejak kecil lagi termasuklah watak-watak yang terdapat dalam juduk "Usahawan Berjaya" ini. Melalui judul tersebut kita sudah tahu bahawasanya salah satu watak dalam judul ini ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya. Seseorang mampu menggapai cita-cita yang diimpikan sekiranya berbekalkan dengan sumber rujukan yang baik serta sentiasa mendapat sokongan dan dorongan daripada orang sekeliling lebih-lebih lagi daripada ahli keluarga tercinta. Banyak nilai murni ditunjukkan oleh penulis melalui watak-watak yang terdapat dalam judul ini. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana tercetusnya minat Sazali untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, jangan lupa untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak. Pendaftaran adalah PERCUMA.