EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

30 hari meraih kekuatan zikir

image description
Call no.
: 297.382/MUH
Penulis
: Muhammad Arifin Ilham
Penyumbang
: Sarinah Mohd Kassim
Ringkasan
Berzikir bererti mengingati Allah SWT dalam apa keadaan sekali pun. Syariat Islam mengharuskan zikir secara perlahan dan lantang. Zikir dibolehkan dengan suara yang lantang selagi ia tidak mengganggu orang lain. Zikir menjadikan iman kita teguh kerana sering mengingati Allah SWT.Zikir mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri. Buku 30 Hari Meraih Kekuatan Zikir mencerita dengan lanjut tentang khasiat dan kelebihan zikir. Di dalam buku ini penulis mengungkap rahsia berzikir dalam 30 hari. Antara kandungan yang ada di dalam buku ini adalah seperti hikmah di sebalik zikir, rahsia kesucian hati, cara mengubah takdir, cara mudah mengubati penyakit lupa dan banyak lagi tajuk yang menarik berkaitan dengan kelebihan dan khasiat zikir. Selain itu, zikir juga boleh digunakan untuk mempertahankan diri daripada gangguan sihir dan sebagainya.