EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Fatin Tidak Murung Lagi

image description
Call no.
: JMF899/AZI
Penulis
: Azizul Harun
Penyumbang
: Katherine anak Alek
Ringkasan
Cerita ini mengetengahkan perbuatan buli yang berbentuk lisan. Elisya yang cemburu akan kejayaan Fatin dalam pertandingan bercerita meminta rakan-rakan baiknya agar menghasut murid-murid lain supaya tidak berkawan dengan Fatin lagi. Akibatnya, Fatin kemurungan apabila teman baik yang selalu bersamanya mula menjauhinya. Fatin berasa sedih kerana dipulaukan oleh teman baiknya sendiri. Dia tidak mempunyai teman untuk makan di kantin atau pergi ke perpustakaan. Dia merasa murung sehinggakan tidak mahu untuk turut serta dalam pertandingan bercerita peringkat zon. Apakah yang berlaku kepada Fatin? Selamat menghayati kisah Fatin dalam cerita ini.