EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Petua Cantik & Cergas Selepas Bersalin

image description
Call no.
: 616.6 ULA
Penulis
: ‘Ula Mahjub
Penyumbang
: Marlini Binti Mahadar
Ringkasan
Ramai wanita memikirkan untuk berjumpa dengan pakar-pakar untuk menyelesaikan masalah berat badan yang berlebihan dan keburukan-keburukan jasmani yang dihadapi selepas bersalin. Semua wanita akan mengalami masalah keletihan dalam menjaga anak yang masih bayi dam akan membuat ibu-ibu meerasa kurang cergas dan keletihan. Penulis buku ini menceritakan bagaimana untuk mengambalikan semula bentuk badan, ibu-ibu hendaklah menjaga pemakanan , patuhilah cara pemakanan yang seimbang. Antara permakanan yang disarankan dalam buku ini adalah buah dan sayur-sayuran untuk kecergasan selepas bersalin. Pelbagai jenis buah-buahan yang disenaraikan termasuk buah limau, epal, tembikai, aprikot, pisang, mulberi, betik dan sebagainya. Buah-buahan juga boleh dibuat Jus. Selain daripada pemakanan yang sihat, ramuan herba juga perlu untuk ibu-ibu yang bersalin. Selain itu Ibu-ibu juga digalakkan untuk mengambil vitamin-vitamin yang dibenarkan untuk membantu kecergasan dan kecantikan. Penjagaan rambut juga penting dalam tempoh pantang. Didalam buku ini juga ada menyenaraikan senaman untuk ibu-ibu yang lepas bersalin untuk menjag keterampilan agar nampak cergas dan cantik.