EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Roadtrip Malaysia-London : laluan penuh liku ke Eropah

image description
Call no.
: 914.04/MOH
Penulis
: Mohd Nasaruddin Parzi
Penyumbang
: Awang Yunos Bin Awang Husain
Ringkasan
Buku yang berkonsepkan travelog perjalanan dan pengembaraan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis sepanjang mengikuti konvoi Jelajah Eropah 2016. Perjalanan yang merentasi 12 negara bermula dari Kuantan, Pahang, Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Rusia, Belarus, Poland, Jerman, Belanda, Belgium, Perancis dan berakhir di London, United Kingdom. Konvoi ini melibatkan 17 buah kenderaan serta 69 peserta dan mengambil masa selama 43 hari. Penulis mencatatkan pelbagai maklumat mengenai lokasi yang dikunjungi antaranya berkenaan insfrastruktur, perbezaan seni dan budaya serta makanan yang terdapat di setiap negara dilalui. Penulis juga mencatatkan cabaran yang dihadapi sepanjang konvoi antaranya laluan tidak rata dan lereng bukit bercuram di Laos dan ribut salji di Kazakhstan.