EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Jejak 25 Anbiya’ dan Rasul: Kehidupan dan Perjuangan

image description
Call no.
: 297.64 JEJ
Penulis
: Sayyid Na’imullah
Penyumbang
: Nur Syahida Binti Ispawi
Ringkasan
“Jejak 25 Anbiya’ dan Rasul: Kehidupan dan Perjuangan” ditulis oleh Sayyid Na’imullah adalah sebuah kumpulan Kisah-kisah nabi bermula daripada Nabi Adam, iaitu manusia pertama yang dijadikan oleh Allah S.W.T. hinggalah ke junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, iaitu utusan yang terakhir. Sebagai seorang Muslim yang mempercayai rukun iman yang ke-4 iaitu “Percaya kepada rasul” adalah antara yang wajib kita imani, pelajari dan fahami. Mengambil iktibar dan mencontohi perjalanan kisah nabi-nabi kita dalam memperjuangkan dakwah Islam kepada umatnya. Insya-Allah, buku ini dapat membantu kita mengenali secara ringkas siapa 25 rasul pilihan Allah S.W.T dan mengetahui sejarah hidup mereka.