EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pencegahan OBESITI Kanak-Kanak Muda

image description
Call no.
: 618.92398/MAZ
Penulis
: Maziah Ahmad Marzuki & Saemah Rahman
Penyumbang
: Marilyn Anak Albert Matu
Ringkasan
Buku ini ditulis berkisarkan tahap kesihatan kanak-kanak yang semakin hari semakin mengusarkan. Kanak-kanak muda yang menghidapi penyakit Obesiti berpunca daripada kurangnya melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, makan secara berlebihan, amalan gaya hidup tak sihat, makan lewat malam dan suka makanan segera. Dalam erti kata lain amalan pemakanan yang tidak sihat dan seimbang menjadi penyumbang kepada obesiti. Justeru, ibu bapa dan keluarga seharusnya menitikberatkan beberapa elemen penting untuk mengelakkan terjadinya obesiti dalam kalangan anak-anak seperti memberikan sokongan bagi mengekalkan perubahan positif tingkah laku kesihatan anak-anak supaya lebih bermotivasi dan terus mengamalkan budaya hidup sihat. Selain itu, pendekatan konsep mesra kanak-kanak dalam Program Pendidikan Kesihatan (MyPObes-PaF).Buku ini mengandungi pelbagai informasi menarik dan boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan khas bagi aspek yang berkaitan amalan tingkah laku kesihatan dalam rutin kehidupan harian kanak-kanak.