EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Rindu Bau Pohon Tin

image description
Call no.
: 956.95/HAS
Penulis
: Hasrizal Abdul Jamil
Penyumbang
: Marilyn Anak Albert Matu
Ringkasan
Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah nyata yang dialami sendiri oleh penulis semasa berkelana di bumi Jordan. Tidak hanya menulis pengalaman yang manis sahaja,penulis juga turut memberikan persoalan kepada pembaca akan peri pentingnya untuk meneladani setiap pengajaran yang tersurat mahupun tersirat. Kejayaan, kesilapan, pencapaian dan juga kejatuhan merupakan intipati dalam meniti kehidupan yang sarat dengan misteri. Perubahan merupakan proses yang boleh dianggap mandatori untuk dialami sendiri sama ada kerelaan atau paksaan. Sebagai contoh, sifat panas baran boleh menjadi satu halangan dalam mengecapi kecemerlangan dalam diri. Boleh juga menjadi asbab terjadinya sakit hati orang lain dan mengakibatkan diri kita tidak akan kemana-mana. Pelbagai lagi ragam manusia yang dicoretkan di dalam buku ini yang mengena dengan jiwa manusia sejagat seperti berbangga dengan keceluparan diri. Keceluparan banyak membunuh jiwa-jiwa yang tak berdosa.Menghancurkan rumah tangga, menyakiti ahli keluarga dan persahabatan.