EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

KOTA

image description
Call no.
: 899.2333
Penulis
: KAMALIA
Penyumbang
: Joponimilina Anak Lisen
Ringkasan
Kesuma, seorang wartawan yang bertugas di Warna-Warni Kota, sudah lama hilang rasa teruja terhadap dunia yang dia laporkan setiap hari. Para selebriti sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian dan pengaruh, daripada skandal hinggalah kepada taktik murahan demi populariti. Namun, itu adalah tugas Kesuma, menulis tentang kehidupan mereka yang berkilauan di permukaan, tapi busuk di dalam. Segalanya mula berubah apabila satu insiden mengejutkan berlaku, kematian misteri seorang selebriti Kota terkenal dan seorang pengikut setianya. Kes ini bukan sekadar kisah sensasi yang biasa-biasa. Kematian itu membongkar sesuatu yang lebih gelap, satu rahsia yang menyingkap tentang kehilangan misteri ramai penduduk Kota, termasuklah ayah Kesuma sendiri yang telah hilang secara tiba-tiba 12 tahun lalu. Kesuma yang selama ini terperangkap dalam dunia gosip murahan mula terjerat dalam satu kancah misteri yang tidak pernah disangkanya. Bersama Nasir, seorang wartawan baru yang penuh teka-teki dan menyimpan rahsia tersendiri, Kesuma dijemput untuk menyertai satu kumpulan rahsia yang bergerak di bawah radar. Misi mereka adalah untuk membongkar siapakah dalang di sebalik rangkaian kehilangan yang semakin lama semakin menakutkan. Membaca novel ini ibarat menyelam ke dalam gelapnya dunia glamor yang tidak pernah didedahkan. Pengaruh, kuasa, dan rahsia silam bergabung mencipta satu kisah yang penuh dengan teka-teki dan ancaman. Adakah Kesuma mampu menghadapi kebenaran yang menyakitkan? Atau adakah dia akan tenggelam dalam misteri Kota yang lebih gelap daripada yang dia bayangkan? KOTA karya Kamalia ini, membawa pengalaman mendebarkan yang penuh dengan unsur suspens, permainan kuasa, dan misteri yang berlapis-lapis. Setiap helaian menjanjikan kejutan baharu, sehinggakan pembaca tidak akan mampu melepaskan buku ini dari tangan sehingga rahsia sebenar terbongkar.