EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Vegetarian Diet Pemakanan Tanpa Daging

image description
Call no.
: 613.2 BAN
Penulis
: Nor Faridah Sharuddin
Penyumbang
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Ringkasan
Buku ini memberi panduan kepada pembaca untuk menghindarkan diri daripada penyakit ‘era moden’ seperti penyakit jantung koronari, penyumbatan pembuluh darah, kanser, obesiti dan tekanan. Pembaca akan mengenali apakah isitlah sebenar vegetarian. Cara memulakan pola hidup vegetarian ialah dengan memusatkan fikiran dan keperibadian yang positif terhadap diri sendiri dan mempertimbangkan tujuan yang ingin dicapai melalui program vegetarian. Selain itu, serat dalam makanan vegetarian turut diterangkan di dalam buku ini. Semakin tinggi nilai kandungan serat di dalam makanan, nilai gizinya dianggap rendah. Serat yang terdapat di dalam makanan boleh memudahkan proses pembuangan air besar kerana feses tersebut menjadi lebih lembut dan jumlahnya lebih besar sehingga meninggalkan saluran pencernaan dengan lebih lancar. Antara jenis sayur-sayuran untuk vegetarian adalah lobak merah, kubis, lada benggala, brokoli, rumpai laut, tomato, bawang merah, daun salad, bit dan kacang soya. Maklumat mengenai vegetarian yang dinyatakan di dalam buku ini adalah ringkas namun padat dan amat berguna untuk rujukan para pembaca dan pengkaji.