​Buku Taman Sensori untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas oleh Hazreena Hussein dan Md Nasir Daud menyediakan garis panduan berguna dalam mereka bentuk taman sensori khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ia ditujukan bukan sahaja kepada pereka bentuk alam bina, tetapi juga kepada pembuat dasar serta komuniti. Pembaca disajikan dengan contoh bagaimana ruang dalam taman ini boleh direka bentuk sesuai untuk kegunaan kanak-kanak berkeperluan khas serta penjaga mereka. Buku ini berdasarkan kajian kedoktoran Dr. Hazreena yang meneliti reka bentuk dan penggunaan taman sensori di dua sekolah khas di United Kingdom, menilai zon fungsi taman sensori serta bagaimana taman tersebut digunakan. Kajian sebegini masih jarang diterokai, menjadikan buku ini sumbangan bermakna dalam bidang seni taman dengan mengambil kira keperluan kanak-kanak istimewa dalam reka bentuk taman.