EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

CERITA GAGAL PENAMAT ATAU PEMULA?

image description
Call no.
: MF899.233010803 CER
Penulis
: FAIZAN HAMID, FATIN SYAMIMY
Penyumbang
: DAYANG SHANIZA AWANG TADA
Ringkasan
“CERITA GAGAL PENAMAT ATAU PEMULA?” telah disusun oleh Faizan Hamid dan Fatin Syamimy. Merupakan buku bacaan ringan kerana bahasa yang digunakan ringkas serta jalan ceritanya mudah difahami. Buku ini menghimpunkan cerita-cerita orang yang pernah mengalami kegagalan dalam hidup mereka. Setiap cerita yang dikongsi berbeza-beza. Melalui cerita yang telah dihimpunkan dalam buku ini, semuanya mampu memberi motivasi dan suntikan semangat kepada pembacanya untuk bangkit daripada kegagalan. Hal ini kerana, pendekatan yang digunakan sangat dekat dengan kehidupan seharian kita. Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya dan tidak bermakna kita merupakan orang yang gagal. Buku ini amat sesuai dibaca oleh golongan yang mudah berputus asa ketika berdepan dengan kegagalan dalam hidup.