EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Kain Batik Merah

image description
Call no.
: MF899.2333/FAT
Penulis
: Faten Anur
Penyumbang
: Veronica Binti Edward Sidi
Ringkasan
Di antara lipatan kain dan bayang malam, tersimpan rahsia yang menyayat jiwa... Ngah Langit Hitam — nama yang seperti bisikan angin malam, menggetarkan jiwa siapa sahaja yang mendengarnya. Hilang secara tiba-tiba, namun bayangnya terus membayangi kehidupan Maimun dan Melur, membawa kegelisahan yang tiada bertepi. Maimun, wanita yang terperangkap antara cinta lama dan masa depan yang penuh ketakutan, cuba melindungi Melur dari bayang hitam yang semakin mendekat. Tapi apa daya manusia bila takdir sudah tertulis? Kain batik merah, yang dulu dianggap sampah dan ditinggalkan jauh, kini menjadi jalinan takdir yang tidak boleh diputuskan. Ia menyelubungi Melur, mengikatnya dengan malapetaka yang datang tanpa amaran, mengingatkan kita bahawa kadang yang terbuang itu sebenarnya membawa kuasa dan beban yang terbesar. Faten Anur menganyam cerita dengan penuh rasa, menyingkap lapisan emosi dan misteri yang membuatkan pembaca tidak hanya terpaku pada kisah seram, tetapi juga pada kekuatan kasih sayang, penyesalan, dan pengorbanan seorang ibu.