EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Seni Bahagia Menjadi Introvert

image description
Call no.
: 155.232/SEN
Penulis
: @sendysaga
Penyumbang
: Nur Nadhirah Frida Binti Abdullah
Ringkasan
Buku ini membuka ruang pemahaman yang lembut dan jujur tentang kehidupan seorang introvert, yang sering disalaherti sebagai antisosial, sombong atau terlalu rumit. Ia menyentuh beban emosi yang dialami apabila pandangan negatif dari sekeliling menambahkan tekanan dalam hidup yang sudah mencabar. Melalui pengalaman peribadi penulis @sendysaga sendiri, berkongsi bagaimana seorang introvert mampu menemukan kebahagiaan dengan mengenali dan menghargai kelebihan diri sendiri. Buku ini menjadi suara yang menenangkan dan menguatkan bahawa introvert juga layak bahagia, berkembang, dan hidup dengan penuh makna dalam cara mereka yang tersendiri.