EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Impian Saya = My Dreams

image description
Call no.
: 899.2333/LOW
Penulis
: Charmaine Low
Penyumbang
: Marilyn Anak Albert Matu
Ringkasan
Buku ini mengisahkan tentang keceriaan zaman kanak-kanak dan bagaimana impian besar menjadi titik permulaan dalam meneroka dunia yang luas. Narator, iaitu si anak, menceritakan pengalamannya sejak berada di dalam kandungan ibunya. Ketika itulah dia sudah mula mendengar suara penuh kasih sayang daripada ibu dan ayahnya. Apabila usia semakin meningkat, ibu dan ayahnya sering berkongsi pelbagai kisah menarik dan menanam harapan bahawa segala impian boleh digapai dengan mudahnya. Dunia ini penuh dengan keajaiban untuk dilihat, dirasai dan dinikmati sama seperti taman permainan yang penuh gelak ketawa, persembahan wayang kulit yang memukau, dan melodi lagu yang menyentuh jiwa. Walaupun narator masih belum mengetahui apa yang bakal berlaku pada hari-hari mendatang, dia yakin bahawa segala impian boleh dicapai. Asalkan ada keyakinan, usaha, dan langkah pertama. Paling penting ialah mempunyai impian. Buku yang boleh dibaca secara santai ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang mencari identiti sendiri. Buku dwibahasa ini mudah difahami dan mempunyai ilustrasi yang menarik. Buku ini juga boleh dijadikan sebagai buku motivasi untuk kanak-kanak.