BUKU MASAKAN Citarasa Sarawak = The Cookbook Flavour of Sarawak: Ulang Tahun Ke-50
BUKU MASAKAN Citarasa Sarawak = The Cookbook Flavour of Sarawak: Ulang Tahun Ke-50
Call no.
: 641.5959522/PER
Penulis
: -
Penyumbang
: Jassalini Jamain
Ringkasan
Buku ini ditulis bersempena dengan ulang tahun ke-50 Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS). Ia mengandungi 50 resipe masakan daripada pelbagai kumpulan etnik di negeri Sarawak yang dikumpul daripada ahli-ahli PPWS melalui Puan Annie Tan Mei Lee, yang merupakan antara ahli PPWS yang aktif dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masakan. Buku ini sangat menarik kerana dilengkapkan dengan glosari dan gambar tentang rempah ratus, sayur-sayuran dan bahan mentah serta peralatan yang sesuai digunakan dalam penyediaan setiap masakan. Pada awal penulisan buku ini juga ada diselitkan tentang cerita-cerita lama seperti pantang larang makanan bagi wanita hamil yang dikatakan tidak berasas. Buku ini telah ditulis di dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.