EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Siri: Kembara Haiwan - Si Jinak Mowi

image description
Call no.
: 899.2333/NOR
Penulis
: Normarini Norzan & Abdul Jalil Othman
Penyumbang
: Veronica Binti Edward Sidi
Ringkasan
Si Jinak Mowi ialah sebuah buku cerita bergambar untuk kanak-kanak yang mengisahkan seekor kucing bernama Mowi. Mowi ialah kucing manja yang sombong kerana berasa dirinya paling disayangi oleh tuan. Dia tidak mahu berkawan dengan haiwan lain dan hanya pentingkan diri sendiri. Namun, satu kejadian telah berlaku yang membuatkan Mowi sedar bahawa hidup ini tidak indah tanpa kawan. Cerita ini pendek dan mudah difahami, sangat sesuai untuk bacaan awal kanak-kanak. Gaya bahasa yang digunakan mesra dan menarik, manakala ilustrasi berwarna-warni menjadikan cerita lebih hidup dan menyeronokkan. Walaupun ringkas, cerita ini menyampaikan mesej yang penting tentang sikap, perubahan diri, dan erti persahabatan.