Ulasan saya mengenai buku ini adalah buku ini membincangkan dan memperkatakan selok belok sembahyanag dari segi pelbagai sudut. Sembahyang adalah rukun Islam yang kedua dan ibadag yang paling tinggi darjat dan kedudukannya berbanding dengan ibadah-ibadah yang lain. Sebagaimana yang dimaklumi, sembahyang adalah tiang agama bagi umat Islam. Terdapat 10 didalam buku ini iaitu Sembahyang Menurut Al-Quran, Sembahyang Adalah Kewajipan Utama, Solat Menurut Pelbagai Agama, Kebahagian Dalam Solat, Menjana Peribadi Dengan Solat, Mengapakah Golongan Remaja Malas Solat, Falsafah Sembahyang, Kepentingan Dan Pengaruh Sembahyang Dalam Islam, Balasan Kepada Orang Yang Meninggalkan Solat dan Pelbagai Perkara Yang Menghalang Kesempurnaan Solat. Buku ini amatlah sesuai dan disaranakn untuk dibaca oleh setiap lapisan umur untuk menambahkan lagi pengetahuan mengenai sembahyang.