EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Bohong Di Dunia

image description
Call no.
: 297.5HAM
Penulis
: Prof. Dr. Hamka
Penyumbang
: Freda binti Padil
Ringkasan
Ulasan saya mengenai buku ini adalahpelbagai jenis bohong diulas oleh Hamka didalam buku ini. Juga diulas pandangan mengenai bohong dari beberapa orang pemikir dan ahli falsafah. Mungkin kita sering berpendapat bahawa berbohong mengenai perkara kecil itu merupakan perkara biasa, namun ianya akan memberi impak kepada diri kita di waktu yang akan datang. Dengan secara bersederhana namun jelas Hamka memaparkan tulisan beliau mengenai kemudaratan yang kita dapat dari berbohong. Sehingga hal yang kita anggap sudah biasa terjadi dikalangan masyarakat kita ternyata adalah salah satu perkara yang memupuk kearah kebohongan. Buku ini sangat mudah difahami kerana disertai dengan contoh yang banyak terjadi didalam kehidupan seharian, serta dipaparkan dengan pemikiran para falsafah serta ulama terkemuka.Dengan kehadiran buku ini, dapatlah ia membuka pandangan dan menambah pengetahuan kita bahawa berbohong adalah satu perkara yang sia-sia dilakukan.