EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Bahaya Tersembunyi Dalam Vaksin

image description
Call no.
: 614.47 BAH
Penulis
: Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Penyumbang
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Ringkasan
Buku ini berkongsi maklumat kepada pengguna mengenai apakah itu vaksin, cara vaksin dihasilkan, fakta mengenai vaksin, ramuan rahsia dalam vaksin, bahaya sesetengah ramuan vaksin, kecederaan vaksin, dan juga panduan untuk ibu bapa mengenai vaksin. Vaksin dihasilkan daripada kuman yang sama ( atau sebahagian daripadanya ) yang menyebabkan penyakit sebagai contoh vaksin campak dihasilkan daripada virus campak dan vaksin Haemophilus Influenzae type B (Hib) dihasilkan daripada bahagian-bahagian bacteria Hib. Apabila ramuan vaksin memasuki aliran darah kanak-kanak, tubuh segera bertindak untuk menyingkirkan racun ini samada ada melalui organ penyingkiran biasa atau melalui tindak balas akut seperti demam, bengkak atau ruam kulit. Jika tindak balas ini tidak disekat melalui ubat, tubuh kanak-kanak mungkin berjaya menyingkirkan vaksin beracun tersebut dengan itu mencegah sebarang kemudaratan pada masa depan. Walaubagaimanapun, sekiranya kanak-kanak kurang bertenaga untuk meningkatkan tindak balas penyingkiran atau tindak balas penyingkiran ( demam, bengkak ruam kulit ) disekat dengan ubat, vaksin beracun akan kekal dalam tisu tubuh. Pengekalan racun ini boleh mengembangkan penyakit seperti kencing manis kanak-kanak, asma, penyakit neurology, leukemia, bahkan kematian mengejut bayi. Kesimpulannya buku ini amat penting bagi bahan rujukan orang ramai kerana maklumat yang dibekalkan di dalam buku ini amat berguna dan ianya memaparkan kemungkinan kesan sampingan suntikan vaksin, bahan beracun yang ditemui di dalamnya dan bagaimana kakitangan perubatan mendapat penghargaan bagi penurunan kadar kematian penyakit berjangkit yang benar-benar berpunca daripada sanitasi, pemakanan dan bekalan air yang lebih baik.