EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

5 langkah untuk mengawal gula darah yang tinggi – Adakah gula darah yang tinggi menjejaskan kehidupan anda?

image description
Call no.
: 616.462 ARO
Penulis
: Anjali Arora
Penyumbang
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Ringkasan
Buku yang diterjemah dari karya asal "5 Steps to Control High Blood Sugar" oleh Dr Anjali Arora ini membekalkan maklumat mengenai diabetes Melitus, menilai risiko diabetes, bagaimana untuk mengawal diabetes melalui gaya hidup dan diet, senaman dan ubat untuk pesakit diabetes. Diabetes mellitus bermaksud ‘manis madu’. Diabetes berlaku akibat tubug gagal menukarkan makanan menjadi tenaga lalu menyebabkan keadaan paras gula ( glukosa ) darah yang tinggi dalam tubuh kita. Diabetes ialah penyakit kronik yang diuruskan dengan baik melalui panduan yang betul. Diabetes merupakan penyakit kronik, yang boleh dikawal tetapi mustahil disembuhkan. Hasil kajian mendapati hampir separuh daripada masyarakat tidak menyedari yang mereka menghidapi diabetes. Gaya hidup yang pantas dan banyak tekanan, pemakanan yang salah dan kurang senaman mengakibatkan pembentukan diabetes pada usia yang muda. Penghindaran penyakit ini adalah melalui kawalan gaya hidup seseorang iaitu menghindarkan makanan berlemak, makanan ringan, bergoreng dan diawet, menurunkan berat badan bagi mereka yang obesiti, memilih snek yang sihat, awasi gula darah dengan tetap, dapatkan lebih banyak makanan berserat tinggi dan kerbohidrat kompleks. Kesimpulannya, maklumat yang dibekalkan di dalam buku ini adalah ringkas dan padat dan disyorkan kepada pembaca kerana ianya membincangkan masalah berkaitan dengan penyakit tersebut secara terperinci dan cara untuk menghindarkan penyakit ini daripada menjejaskan gaya hidup anda.