EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

EMILY, KAWAN BAHARU AMANI

image description
Call no.
: JMF899.2333 IRW
Penulis
: BAMBANG IRWANTO
Penyumbang
: DAYANG SHANIZA AWANG TADA
Ringkasan
“Emily, Kawan Baharu Amani” merupakan Siri Novel Amani terbitan Ana Muslim Sdn. Bhd. Ini merupakan bahan bacaan ringan bagi kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Siri ini mengandungi 4 bab yang berlainan tetapi masih bersangkut paut dengan tajuk utama buku tersebut. Seperti siri-siri lain, buku ini diterajui oleh watak utama yang bernama Amani. Bagi siri kali ini, ceritanya lebih kepada hubungan persahabatan. Buku ini sesuai dibaca dan dikongsi setiap lapisan umur lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak kerana banyak unsur positif yang diterapkan dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, cerita kali ini banyak menerapkan nilai-nilai persahabatan dan kasih sayang antara manusia tidak kira agama, kepercayaan, pegangan di setiap pelusuk dunia.