Penemuan dan penjelajahan dunia yang berlaku amat penting untuk kita ketahui kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan pada masa kini. Kepentingan penjelajahan manusia kesatu-satu kawasan bukanlah suatu tugas yang sia-sia. Mengkaji penjelajahan manusia dari satu tempat ke satu tempat mempunyai kepentingan dan tujuan tertentu sama ada berkait faktor keaagamaan, mencari sumber ekonomi, mencabar pengetahuan geografi mahupun persaingan untuk menjelajah. Penjelajahan ini mampu memberi impak terhadap kehidupan pada masa kini dan akan datang serta memberi manafaat kepada kehidupan kini dan akan datang.