Buku ini mengisahkan tentang bentuk segi empat sama yang terdapat pada benda hidup yang terdapat di mukabumi. Contoh segi empat sama adalah seperti bentuk dadu, lori dan bingkai gambar. Buku ini sesuai untuk bayi yang berusia 2 tahun ke bawah memandangkan mereka masih dalam peringkat pengenalan dan ia mempunyai corak dan warna yang menarik untuk tatapan bayi. Buku ini juga tahan lasak untuk dijadikan bahan bacaan oleh ibu, bapa dan penjaga serta pengasuh semasa sesi pembelajaran dengan bayi.