Buku ini mengisahkan tentang bentuk segi empat tepat yang terdapat pada benda hidup yang terdapat di mukabumi. Contoh bentuk segi empat tepat adalah seperti bentuk sampul surat, pintu, bangunan, komputer dan macam-macam lagi. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan bayi yang berusia 2 tahun ke bawah memandangkan mereka masih dalam peringkat pengenalan dan ia mempunyai corak dan warna yang menarik untuk tatapan bayi. Buku ini juga tahan lasak untuk dijadikan bahan bacaan oleh ibu, bapa dan penjaga serta pengasuh semasa sesi pembelajaran dengan bayi.