EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Nur’ain : Isteri Buruh Paksa

image description
Call no.
: MF 899.2333 ADL
Penulis
: Adly Azamin
Penyumbang
: Dayang Nur Syima Binti Awang Adrus
Ringkasan
Buku ini menceritakan kisah sekitar zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu di mana penulis telah memberi fokus kepada kawasan kelahirannya iaitu di sebuah perkampungan Melayu di pinggir Hutan Melintang iaitu Kampung Tanjung Bayan. Buku ini mengisahkan kehidupan seorang isteri muda yang bernama Nur’Ain telah kehilangan suaminya iaitu Khairi selepas dua minggu melangsungkan perkahwinan kerana diperdaya dan dijadikan buruh paksa oleh tentera Jepun di pembinaan landasan kereta api maut Siam – Burma (Myanmar). Selain itu, Nur’Ain juga berkenalan dengan Adam di mana mereka telah bersama-sama menentang tentera Jepun. Buku ini telah menunjukkan kesetiaan seorang isteri yang menanti kepulangan suaminya yang tidak diketahui hidup dan mati suaminya manakala semangat perjuangan dan keberanian penduduk Kampung Tanjung Bayan dalam menentang tentera Jepun tidak kira jantina, agama dan bangsa demi bersama-sama mempertahankan keamanan dan kedaulatan Tanah Melayu. Semangat patriotisme, keberanian, kesetiaan dan pengkhiantan yang diselitkan oleh penulis ke dalam setiap watak harus dijadikan sebagai pengajaran dan sekaligus memupuk semangat jati diri dikalangan orang muda pada zaman sekarang selain mempelajari sejarah hitam yang dihadapi oleh penduduk Tanah Melayu pada zaman penaklukan tentera Jepun.