Buku ini merupakan koleksi cerita pendek hasil daripada pemerhatian, renungan, pengkajian dan menghayati lumrah kehidupan manusia tidak kira pada zaman silam, semasa dan gambaran masa hadapan di mata penulis. Terdapat 10 koleksi cerpen yang terdapat di dalam buku ini iaitu “Pulau Impian Hanum”, “Singa Tua di Rumah Agam”, “Kopi Luwak dan Musang”, “ Rumah Nenek Hendak Roboh”, “ Belenggu”, “Cicak Ekor Dua”, “Papa Ingin Sempurna”, “Tongkat Kota Pura”, “Al-Fatihah” dan “Buraq”. Koleksi cerpen di dalam buku ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang anak dan warga tua, semangat patriotisme, kebanggaan dan jati diri terhadap negara sendiri, gejala rasuah dan judi serta masalah hutang yang dihadapi oleh setiap kehidupan manusia. Buku ini telah memberikan kesedaran kepada saya sebagai pembaca di mana apa yang cuba disampaikan oleh penulis adalah berdasarkan kisah sebenar kehidupan setiap manusia pada masa dulu hingga sekarang dimana kita telah dikuasai oleh nafsu kehidupan di dunia. Kita sebagai khalifah di dunia seharusnya tidak lalai dan leka mengikut hawa nafsu dan sebaliknya harus peka akan tuntutan agama, bangsa dan negara