EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Festival Sarawakiana: Pameran Seni Visual Bertemakan Daun

Tarikh Mula
01 Sep 2021
Tarikh Tamat
30 Sep 2021
Masa
8:30am - 5:00pm
Tempat
Saluran : Youtube dan Facebook Rasmi Pustaka Negeri Sarawak
Keterangan Peristiwa

Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Festival Sarawakiana 2021 yang akan berlangsung pada 1-30 September 2021 yang bertemakan Daun. Pameran Seni Visual merupakan salah satu program menarik yang akan diadakan secara maya di Media Sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak. Pameran ini akan menampilkan keunikan pelbagai jenis daun yang digunakan oleh etnik-etnik di Sarawak dalam setiap aspek kehidupan.

Objektif pameran ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan pelbagai jenis daun yang signifikan dalam gaya hidup dan budaya etnik di Sarawak seperti seni halus dan kraftangan, makanan dan minuman, perubatan, upacara keagamaan, budaya, adat, binaan bangunan, ukiran, permainan, sejarah dan muzik.

Antara koleksi yang akan dipamerkan adalah hasil karya seni lukis oleh pelukis tempatan, perkongsian ilmu mengenai penggunaan pelbagai jenis daun, seni kraftangan yang berasaskan daun dan sebagainya.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonton program tersebut pada :

Tarikh & Masa :
? 2 September 2021 (Khamis) & 12:00 tengah hari
? 5 September 2021 (Ahad) & 9:00 pagi
? 8 September 2021 (Rabu) & 9:00 pagi
? 14 September 2021 (Selasa) & 9:00 pagi
? 16 September 2021 (Khamis) & 3:00 petang
? 20 September 2021 (Isnin) & 9:00 pagi
? 23 September 2021 (Khamis) & 9:00 pagi

Saluran : Facebook & YouTube Pustaka Negeri Sarawak

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 082-440488 atau melalui emel cmasyima@sarawak.gov.my (Puan Dayang Nur Syima Binti Awang Adrus).

Event Statistics / Statistik Aktiviti

There were no participants signed up online for this event.