Bersempena dengan Festival Sarawakiana yang akan berlangsung dari 1 hingga 30 September 2021, Pustaka Negeri Sarawak akan berkongsi video bertajuk Pameran Budaya Sarawak: Nikah, Melah Pinang dan Pinchawan pada:
Tarikh: 15 September 2021
Masa: 11:00 pagi
Saluran: YouTube (Pustaka Sarawak) dan Facebook (pustaka.sarawak)
Objektif program ini adalah:
1. Untuk mendidik dan berkongsi maklumat kepada orang ramai mengenai topik perkahwinan tradisional di Sarawak.
2. Untuk mengetengahkan Siri Sarawakiana yang terdapat di dalam koleksi Pustaka kepada orang ramai.
Melalui video ini, penonton akan mendapat maklumat ringkas mengenai amalan perkahwinan tradisional di Sarawak dengan melihat rakaman yang diambil dari koleksi Siri Sarawakiana.
Siri Sarawakiana adalah siri berjudul yang diterbitkan oleh Pustaka Negeri Sarawak untuk mengetengahkan sejarah, etnik, seni dan budaya, kepercayaan dan tradisi yang terdapat di Sarawak.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 082-440488 atau melalui emel cmasyima@sarawak.gov.my (Puan Dayang Nur Syima Binti Awang Adrus).
There were 4 participant(s) who had signed up online for this event.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025