Pustaka Negeri Sarawak, Sibu bakal mengadakan Karnival Sarawakku Membaca bersama dengan YB Datuk Ding Kuong Hiing, ADUN N.46 Meradong bertempat di Dewan SMK Kai Chung, Bintangor. Program ini akan berlangsung pada 20 Julai 2024, bermula jam 8.30 pagi.
Karnival Sarawakku Membaca adalah merupakan usaha untuk menyemai minat membaca serta memupuk budaya ilmu dan pengetahuan di kalangan masyarakat Sarawak bagi membangunkan masyarakat yang lebih berilmu, berinformasi serta bermaklumat. Bagi merealisasikan program ini, pelbagai aktiviti yang berkaitan pembacaan atau galakan membaca digariskan di bawah program ini iaitu seperti bengkel, aktiviti secara praktikal, perkongsian ceramah, pameran dan sebagainya.
Program ini akan diadakan dalam bentuk karnival ini bagi mencipta suasana yang menyeronokkan dalam mendidik dan mendorong masyarakat untuk terus membaca dan belajar tidak mengira usia. Antara pengisian utama program ini adalah Bacaan Bersama Pemimpin bersama YB Datuk Ding Kuong Hiing, dimana beliau akan berkongsi bacaan kegemaran beliau kepada masyarakat.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik akan turut diadakan untuk golongan kanak-kanak iaitu, Clay Arts oleh Tutu Art serta aktiviti Storytelling & Acrylic Painting Workshop oleh penulis buku kanak-kanak terkenal iaitu Nor Azhar Ishak ataupun lebih dikenali sebagai NAI. Turut serta dalam program ini adalah pameran-pameran perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang akan bermula seawal jam 8.30 pagi. Antaranya seperti Spay Global, MEITD, SSPN, Pejabat Kebajikan Masyarakat dan banyak lagi.
Orang ramai yang berminat atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Puan Fiona Ravia ak Asing dan Puan Shahrieza binti Rabaie melalui talian 084-315200 (samb. 221).
There were 4 participant(s) who had signed up online for this event.
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 2025 08 Sep 2025
Sarawak Bookfair 2025 24 Sep 2025
Sarawakiana Festival 2025 25 Sep 2025