Kuching -Antara langkah mempertingkatkan amalan 5S, pada 20 Februari 2012 yang lalu,
Komiti 5S dengan kerjasama Unit Pengurusan Bangunan telah mengadakan gotong
royong secara serentak di sekitar kawasan Pustaka Negeri Sarawak dan Rekod
Repositori Negeri, Jalan Sultan Tengah.
Gotong royong yang dimulakan pada jam
7.30 sehingga jam 10.00 pagi ini berjaya memupuk semangat kerjasama dan
mengeratkan hubungan di kalangan staf selain dapat menghijaukan bumi dan
membersihkan kawasan daripada menjadi vektor penyakit.
Aktiviti sihat ini akan
dijadikan sebagai program bulanan Komiti 5S Pustaka Negeri Sarawak sejajar
dengan moto ”Persekitaran Kondusif Kerja Efektif”.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026