EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ditulis pada 24 July 2012



Kuching-Pustaka Negeri Sarawak telah
mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada 26 - 27 Mei 2012 bermula pada pukul
10:00 pagi- 5.00 petang di Giant Hypermarket, Tabuan Jaya.





Antara program yang diadakan sempena
Hari Bersama Pelanggan Pustaka ini ialah kempen keahlian percuma Pustaka,
kempen kesedaran bahan-bahan terbitan dan promosi pangkalan data atas talian.





Seramai 177 orang telah mendaftar
dan memperbaharui keahlian mereka di kaunter perkhidmatan Pustaka di Giant
Hypermarket. Pengunjung yang telah mendaftar dan memperbaharui keahlian mereka
semasa dua hari Hari Bersama Pelanggan ini diadakan telah berpeluang menerima
cenderamata eksklusif dari Pustaka Negeri Sarawak dan juga baucer dari Giant
Hypermarket.





 Program Hari
Bersama Pelanggan ini diharap dapat mempromosikan perkhidmatan dan aktiviti
ilmiah yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak. kepada orang awam dan
seluruh masyarakat setempat.