EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ditulis pada 16 October 2012



Miri Kumpulan Sainsri1 daripada SM Sains Miri telah dinobatkan Johan atau Pemenang Utama Pertandingan Warisan Budaya Tempatan
2012.



 



Projek mereka bertajuk Permainan Tradisional
Sarawak: Permainan Kuit telah memperolehi markah tertinggi panel juri. Ini
membolehkan kumpulan
Sainsri1 yang terdiri daripada Rina Kardiana
bt. Kalong, Azilah bt. Jahari, Najihah bt. Yahya
dan Ferennie Angelly
Liew
, membawa pulang hadiah utama wang tunai RM1,000.00 beserta sijil
kemenangan.



 



Guru
pembimbing kumpulan Sainsri1 iaitu Umi Bashirah Fariha bt. Abu Bakar
dinobatkan Guru Pembimbing Terbaik dan menerima sijil penghargaan dan wang
tunai RM200.00.



Pertandingan
yang diadakan bermula bulan Februari lalu adalah terbuka kepada semua
sekolah-sekolah menengah di sekitar Bandaraya Miri. Sebanyak 13 kumpulan
daripada enam (6) sekolah telah menyertai pertandingan kali ini.



Pertandingan
ini adalah kali ke-lima diadakan oleh Pustaka Miri sejak tahun 2008.



Ianya
bertujuan untuk membimbing para peserta dalam pencarian maklumat melalui
sumber-sumber yang sahih, merancang, mengumpul, menganalisis, mentafsir,  mensintesis, merumus dan merekod
maklumat-maklumat yang diperolehi untuk membentuk hasil kerja yang lengkap dan
komprehensif.



Peserta
juga didedahkan dengan penggunaan sumber-sumber maklumat bercetak dan bukan
bercetak bagi membolehkan mereka mengetahui dengan lebih lanjut bahan-bahan
tempatan, sejarah, kaum, tradisi, budaya, sosio-ekonomi, norma hidup sesuatu
kaum dan sebagainya melalui Program Literasi Maklumat yang dianjurkan oleh
Pustaka Miri.



Kumpulan-kumpulan
lain yang memenuhi syarat pertandingan menerima sijil penyertaan dan wang tunai
RM200.00.
Semua pemenang dan peserta juga
menerima Keahlian Pustaka percuma untuk satu tahun.



Sementara itu, Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Miri telah
diadakan bermula bulan April dan terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori
Rumah Desa atau Kampung dan Kategori Taman Perumahan.



 



Ianya adalah kali pertama diadakan untuk Peringkat Miri tetapi Pustaka
Negeri Sarawak pernah menganjurkan beberapa pertandingan seumpamanya untuk
Peringkat Negeri.



Objektif pertandingan adalah untuk menanam sikap menghargai bahan bacaan
serta menggalakkan aktiviti membaca secara sekeluarga.



 



Tiada penyertaan untuk Kategori Rumah Desa / Kampung kali ini.



 



Pemenang-pemenang Kategori Taman Perumahan:



TEMPAT PERTAMA (Sijil
penyertaan, piala, Keahlian Pustaka percuma untuk satu tahun dan wang tunai
RM300.00):



Cik Chiew Ying Jun dari Greenville, Promin Jaya



 



TEMPAT KEDUA (Sijil
penyertaan, piala, Keahlian Pustaka percuma untuk satu tahun dan wang tunai
RM200.00):



Pn. Rita Sahara Othman dari Paradise Park, Senadin



 



TEMPAT KETIGA (Sijil
penyertaan, piala, Keahlian Pustaka percuma untuk satu tahun dan wang tunai
RM100.00):



Pn. Helena ak. Henry Lajang dari Taman Bumiko



 



PEMENANG SAGUHATI (Sijil penyertaan & Keahlian Pustaka percuma untuk satu tahun) :



i) Pn. Valeri ak. Undum 



ii)Pn. Caroline Petrus



 



Majlis
penyampaian hadiah kedua-dua pertandingan telah diadakan pada 28 Jun 2012 dan
disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) N.62 Lambir Yang Berhormat Encik Ripin Lamat.
Turut hadir adalah Ketua Sektor Perkhidmatan
Depositori Puan Arpah Adenan dan Pengurus Wilayah Pustaka Miri Cik Salina Haji
Zawawi.