MIRI – Seramai 25 orang peserta telah mengikuti Bengkel Kemahiran Seni: Simen
Ferro yang telah diadakan pada 23 Februari 2013. Bengkel ini
merupakan salah satu aktiviti anjuran Unit Perkhidmatan Maklumat Pustaka Miri
bagi tujuan perkongsian ilmu dan kemahiran.
Dua orang fasilitator dari Penjara
Pusat Miri iaitu Sarjan Mejar Jaimin bin Gasing dan Warden Eliza Anak Monday
telah mengendalikan bengkel yang berlangsung sehari suntuk tersebut.
Peserta-peserta merupakan ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dari pelbagai
kawasan di Bandaraya Miri.
Para peserta telah
diberikan pendedahan serta mencuba sendiri cara menggunakan teknik simen ferro untuk membuat hiasan laman
atau lanskap iaitu kerusi, meja dan pasu bunga.
Bahan-bahan yang
digunakan
termasuk simen, pasir, wayar dawai serta pelbagai jenis dan warna cat.
Kemahiran simen ferro ini bukan sahaja boleh digunakan untuk
menghasilkan hiasan laman rumah sendiri malahan boleh dijadikan sumber
pendapatan.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026
Borneo Cultural Festival 2026 (Sibu) 03 Sep 2026
Sarawak Children s Art & Literature Festival 2026 (Sibu) 05 Sep 2026