Kuching - Program
Jelajah u-Pustaka telah diadakan di Perpustakaan Desa Taman Sri Muhibbah pada 1 Mac 2013. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program jelajah tersebut
diadakan adalah taklimat perkhidmatan Pustaka & u-Pustaka untuk pelajar dan
pendidik, sesi bercerita dan aktiviti bersama kanak-kanak tadika juga sesi `Born
to Read` untuk ibu bapa dan pendidik.
Seramai 60 orang peserta mengikuti
semua aktiviti yang diadakan dimana semua aktiviti ini adalah bersesuaian
dengan semua peringkat usia masyarakat yang bertujuan untuk mendidik mereka
cintakan ilmu disamping berkongsi pengetahuan kepada masyarakat tidak kira di
mana sahaja mereka berada.
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025
Bengkel Seni Baju Ujan (Ngepan Batang Rajang) 13 Dec 2025