KUCHING: Pertandingan
memancing `Lan Ngail` di tasik Pustaka Negeri Sarawak baru-baru ini telah menarik 200 orang peserta.
Acara yang merupakan sebahagian daripada Karnival Ilmu dan
sambutan Hari Inovasi yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Pustaka, telahpun menarik minat kaki pancing semuda umur 10 tahun.
Menawarkan pelbagai hadiah, pertandingan ini telah bermula pada pukul 8
pagi dengan membawa peserta tidak satu, tetapi
lima joran untuk mencuba nasib
mereka untuk memenangi pertandingan tersebut.
Akhirnya, Razali Sebli
muncul sebagai juara dengan tangkapan 2kg ikan.
Selain daripada `Lan Ngail`, aktiviti-aktiviti lain yang diadakan semalam termasuk
program derma darah, pemeriksaan
kesihatan percuma, pasar lambak dan pameran.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026