KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan
`Karnival Ilmu` sempena Hari Inovasi 2014
bermula 27 – 28 September.
Acara ini dianjurkan
oleh Kelab Sukan dan Rekreasi
Pustaka Negeri Sarawak dan akan menampilkan aktiviti-aktiviti seperti bazar lambak, Pustaka Talent Search, Aerobathon,
pertandingan dart serta ceramah komuniti mengenai merdeka dan sejarah Lawas.
Sementara itu, Sudut Lincoln akan
menayangkan filem `Captain America: The Winter Soldier` untuk semua pencinta filem, dan terdapat
juga demonstrasi membuat Loom
Band untuk kanak-kanak.
Aktiviti tambahan pada 28 September
adalah pertandingan memancing, ceramah
komuniti mengenai `Practising Mindfulness is as
Simple as ABC` , tayangan video
mengenai Merdeka (Bukit Kepong), pertandingan melukis batik, futsal, autoshow, pameran
serta demonstrasi helikopter, bot dan kereta
kawalan jauh.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Muhamad Ali Abdul Wahab atau Siti Munirah
di 082-442000 atau
e-mel kepada muhammaw@sarawak.gov.my
atau sitimi@sarawak.gov.my.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026