Kuching - Pustaka
Negeri Sarawak akan menganjurkan
program Sarawak`s Authors Highlight bersama penulis Jais Sahok
dan Majlis Menandatangani Perjanjian Penyerahan Karya-Karya Peribadi beliau di Bilik Seminar,
Aras 1, Pustaka pada 10 Disember 2014, pukul
10.00 pagi
Bersempena dengan program ini akan diadakan Pameran `Jais Sahok` yang akan diadakan di Lobi dan
Anjung Budi, Aras 1, Pustaka bermula 10
Disember 2014 – 28 Februari 2015. Selain itu, turut diadakan
bengkel bertajuk `15 Prinsip Kejayaan Pemikiran` pada 11-12 Disember 2014 di Galeri Pustaka.
Program ini adalah bertujuan untuk menggalak
dan menghargai karya-karya
penulis tempatan dan
penerbit dan pemilihan adalah
berdasarkan kepada sumbangan mereka dari segi
karya dan penerbitan kepada perpustakaan.
Program Sarawak`s Authors Highlight yang
pertama telah diadakan pada tahun
lepas mengetengahkan seorang penulis
tempatan terkenal James Alexander Ritchie.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila
hubungi Jassalini Jamain atau Shafinaz Afidia
(Repositori Rekod Negeri) di 082-440488
samb 22/33 atau
e-mel jassalij@sarawak.gov.my /
shafiaaa@sarawak.gov.my.
Sebagai alternatif, lawati laman Facebook
Pustaka di www.facebook.com/
pustaka.sarawak atau mengikuti mereka di Twitter di pustakaswk.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026