Kuching – Pada bulan ini Pustaka Negeri Sarawak akan
meganjurkan ceramah komuniti yang bertajuk ’Impak Gangguan Halus Dalam
Kehidupan’.Ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Ismail Maharop dari KEMAS
Sarawak ini akan diadakan pada hari Khamis, 26 Februari 2015 pada jam 2.30
petang – 4.30 petang di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak.
Ceramah ini diadakan sebagai perkongsian ilmu tentang masalah dan kesan yang
boleh berlaku dalam kehidupan seharian manusia yang berkaitan dengan gangguan
makhluk halus. Diharap perkongsian maklumat yang dikongsikan semasa ceramah ini
boleh memberi manfaat kepada orang awam khususnya kepada mereka yang pernah diganggu
oleh gangguan halus serta dapat berkongsi tips dan cara untuk mengelak dan juga
membendung diri daripada gangguan halus.
Ustaz Ismail Maharop merupakan pegawai khas agama di KEMAS Sarawak. Beliau juga merupakan pengasas kumpulan Ruhul
Syifa Sarawak yang mempunyai pengalaman luas dalam kaedah rawatan Islam yang
turut menawarkan perkhidmatan rawatan alternatif seperti gangguan sihir, saka, pukau,
penyakit misteri dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan gangguan makhlus
halus.
Kemasukan adalah percuma. Orang ramai yang berminat untuk hadir ke
ceramah ini boleh menghubungi Muhamad Ali Abdul Wahab atau Awang Affizan di talian 082-442000 samb 330 / 342 atau emel muhamaaw@sarawak.gov.my / feezand@sarawak.gov.my
atau layari
laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak www.pustaka-sarawak.com atau di Facebook:
pustaka.sarawak / Twitter:
pustakaswk.
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025