Kuching - Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Brooke Trust akan menganjurkan Festival
Sastera Kanak-Kanak Pustaka - Bookaroo 2015. Festival ini bakal diadakan pada 28-29
Mac 2015, seminggu selepas cuti pertengahan sekolah.
Bookaroo Trust adalah petubuhan amanah yang komited dalam mendekatkan kanak-kanak
kepada buku bagi menyemarakkan keriangan membaca. Bermula di India pada tahun
2008, Festival Sastera Kanak-Kanak Bookaroo yang ke-7 yang telah diadakan di Delhi
pada 29-30 November 2014 yang lepas.
Festival Sastera Kanak-Kanak Pustaka - Bookaro 2015 ini akan turut mengumpulkan
penulis - penulis tempatan dan luar negara, ilustrator, pencerita, penerbit, editor
dan pencinta buku.
Festival ini bertujuan untuk mempromosikan kesusasteraan dan membaca di
kalangan kanak-kanak serta menggalakkan pembangunan pengetahuan, teori dan
amalan membaca, menulis dan membincangkan aspek fiksyen dan bukan fiksyen.
Bukan itu sahaja, penganjuran
Kehadiran orang ramai adalah dialu-alukan ke festival ini. Penyertaan adalah
percuma. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Japri Bujang Masli atau Razak
Rambili di 082-442000 samb. 103/348 atau e-mel japribm@sarawak.gov.my/
razakr@sarawak.gov.my.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026