EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Jom Sertai Seminar Pemikiran Jais Sahok

Ditulis pada 05 March 2015





Kuching – Pada bulan ini Pustaka Negeri
Sarawak dengan kerjasama penulis tempatan Cikgu Jais Sahok akan menganjurkan
Seminar Pemikiran Jais Sahok yang akan diadakan pada 10 & 11 Mac 2015, jam
8.00 pagi - 5.00 petang bertempat di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak.





Program ini adalah bersempena dengan Program Sarawak’s Authors Highlight di bawah
Program Penyerahan Bahan-bahan Terbitan.
Sebelum ini Jais Sahok telah mengendalikan Pameran Jais Sahok, Bengkel
’15 Prinsip Kejayaan Pemikiran’ dan Bengkel Penulisan Puisi.





Kali ini Seminar
Pemikiran Jais Sahok pula diadakan untuk membicarakan tentang pemikiran
penulis melalui karya-karya yang dihasilkannya dan akan dibentangkan oleh
beberapa orang pembentang jemputan mengikut topik atau tajuk karya terpilih.





Objektif seminar ini
adalah untuk menelusur pemikiran Jais Sahok melalui karya-karya kreatif dan novel
beliau. Selain itu, para peserta yang hadir akan didedahkan dan diperkenalkan
dengan sumbangan pemikiran Jais Sahok dalam pembangunan sastera Sarawak dan
dunia keilmuan beliau dalam bidang sastera Sarawak
dan kebangsaan.





Apa yang diharapkan daripada bengkel ini ialah para peserta akan dilatih
dengan pemikiran secara kreatif dan kritis khususnya dalam bidang penulisan
novel. Penganjuran
bengkel ini juga secara tidak langsung menggalakkan lagi aktiviti penulisan dan
penerbitan dalam bidang kesusateraan di Sarawak





Bengkel ini dibuka untuk penyertaan orang awam dan kemasukan adalah
percuma. Untuk keterangan lanjut, hubungi Jassalini Jamain atau Shafinaz
Afidia  di Repositori Rekod Negeri di talian 082-440488 samb 22/33 atau emel jassalij@sarawak.gov.my/ shafiaaa@sarawak.gov.my atau layari laman web
rasmi Pustaka Negeri Sarawak www.pustaka-sarawak.com, Facebook:  pustaka.sarawak dan Twitter: pustakaswk.