EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ceramah Sudut Lincoln bertajuk ‘Wanita Dalam Sains’ di Pustaka Negeri hari ini

Ditulis pada 20 March 2015



Kuching – Pustaka Negeri Sarawak dengan
kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur akan menganjurkan Ceramah Sudut
Lincoln yang bertajuk Wanita Dalam Sains yang akan diadakan pada hari Jumaat
ini, 20 Mac 2015.





Ceramah ini adalah bersempena dengan
sambutan Bulan Sejarah Wanita dan akan bermula pada jam 2.30 petang di Bilik
Seminar, Aras 1, Pustaka. Penceramah jemputan ialah Luming Chen, seorang
graduan dari Universiti Yale dengan intensif penyelidikan, Ijazah Sains dalam Molekular,
Selular, dan Perkembangan Biologi dan kini sedang menjalankan projek
penyelidikan dengan sokongan daripada Program Fulbright U.S





Semasa ceramah dua jam ini,
Luming akan berkongsi maklumat mengenai asal usul dan makna Bulan Sejarah
Wanita di Amerika Syarikat, mengetengahkan pencapaian beberapa saintis wanita
yang terkenal dalam sejarah Amerika Syarikat, menjelaskan beberapa cabaran
semasa wanita dalam bidang sains / akademik, dan juga memudahkan beberapa
perbincangan mengenai apa yang boleh kita lakukan sebagai individu dan
masyarakat.





Bulan Sejarah Wanita merupakan
bulan yang telah diisytiharkan sebagai bulan yang mengetengahkan sumbangan
wanita dalam peristiwa-peristiwa sejarah dan masyarakat kontemporari. Ia
disambut pada bulan Mac di Amerika Syarikat, United Kingdom dan
Australia, bersamaan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac setiap
tahun.



Orang ramai dijemput hadir ke
ceramah ini dan kemasukan adalah percuma.





Untuk sebarang pertanyaan
lanjut, sila hubungi Pustakawan kami, Razak Ra
mbili di 082-442000 samb. 348
atau emel razakr@sarawak.gov.my.