KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Bengkel Literasi Maklumat dan Media dengan beberapa jabatan kerajaan.
Menurut
kenyataannya semalam, bengkel terbabit dikendalikan bagi perkhidmatan
sumber maklumat atas talian, adalah antara yang akan diadakan dalam
Bengkel Literasi Maklumat.
Pada 8 April ini, bengkel itu diadakan bersama pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak di Bangunan Mahkamah Syariah.
Antara
lain bengkel itu bertujuan memberi kesedaran semasa tentang
perkhidmatan pangkalan data atas talian Pustaka Negeri Sarawak kepada
jabatan-jabatan kerajaan negeri.
“Tujuan program ini juga adalah
untuk meningkatkan kemahiran para peserta mengenai teknik pencarian,
penilaian dan pengurusan maklumat yang diperlukan serta etika penggunaan
dan penyebaran maklumat yang diperolehi,” katanya.
Program itu
akan diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dengan menyasar
untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai keperluan maklumat dan
kepentingan literasi maklumat selain dapat mendedahkan peserta kepada
kaedah pencarian, pengurusan dan etika penggunaan maklumat dengan cekap
dan efektif.
Semua pangkalan data ini dapat dicapai secara ‘remote
access’ iaitu dengan menggunakan ‘username’ dan kata laluan di laman
web Pustaka Negeri Sarawak dalam perkhidmatan ‘Esther’.
Selain
Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, bengkel itu juga akan diadakan di
beberapa jabatan lain seperti Dewan Bandaraya Kuching Utara (9 April)
Tropikal Peat Research Laboratory Unit, Jabatan Ketua Menteri (14 April)
dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Edison Ricket atau Alvaena Valentine di talian 082-449126 atau e-mel librarian@sarawak.go.my
(SIBU) Sarawak Children's Art & Literature Festival 2025 06 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 2025 08 Sep 2025
Sarawak Bookfair 2025 24 Sep 2025
Sarawakiana Festival 2025 25 Sep 2025