KUCHING - Bersempena dengan sambutan Hari Buku & Hakcipta Sedunia 2015, Pustaka
Negeri Sarawak akan menganjurkan Bengkel Perpustakaan Keluarga 2015. Bengkel
ini akan diadakan pada 29 & 30 April 2015 di Bilik Koleksi Khas, Aras 1,
Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 9.00 pagi – 4.00 petang.
Program tahunan ini dianjurkan bertujuan untuk menanam minat membaca
dan menjadikan budaya membaca sebagai amalan sepanjang hayat. Ianya juga
diharap dapat memberi pendedahan kepada pelbagai bentuk bahan
bacaan dan sumber maklumat selain membantu ahli keluarga
dalam proses pembelajaran semasa di rumah.
Para peserta bengkel
juga dapat meningkat serta memberi nilai
tambah kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran apabila menyertai bengkel ini nanti.
Bengkel ini terbuka
kepada semua namun penyertaan adalah terhad kepada 30 orang peserta sahaja.
Untuk keterangan lanjut, hubungi Norlailawaty Ismail di talian 082-442000 samb.
347 atau emel norlaii2@sarawak.gov.my atau
layari laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak : www.pustaka-sarawak.com atau
Facebook : pustaka.sarawak / Twitter : pustakaswk.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026